SEJARAH TOKOH-TOKOH PENDIDIKKAN AWAL KANAK-KANAK


SEJARAH TOKOH-TOKOH PENDIDIKKAN AWAL KANAK-KANAK



JOHN DEWEY (1859-1952)

Di amerika pada abad ke 19 muncul seorang tokoh yang terkemuka di dalam pendidikkan awal kanak-kanak. Beliau adalah JOHN DEWEY yang lahir pada 20 oktober 1859, di Burlington, wermont. Bapanya, Archibald, asalnya merupakan seorang petani tetapi kemudianya memutuskan untuk mengejar kerjaya dalam peniagaan runcit, yang dibuka di Bandar kecil Burlington. Ibu Dewey, lucin, juga dibesarkan dalam perniagaan pertanian. Bapanya pernah menyentai tentera kesatuan apabila pecahnya perang saudara di amerika. Dewey menamatkan persekolahanya pada umur 12 tahun di sekolah awan Burlington. Beliau memasuki sekolah menengah dalam tahun 1872 dan tamat dalam tempoh 3 tahun. Beliau mula pengajian kolej di university of Vermont, Burlington pada 1875 sewaktu berusia 16 tahun.



Selepas tamat pembelajaranya di peringkat phd, Dewey ditawarkan menjadi professor muda di university Michigan dari 1884 hingga 1894. Dewey menyertai university yang baru berusia 4 tahun iaitu university of Chicago. Di sinilah beliau memulakan secara meluas kajian, penerbitan dan dialog tentang falsafah, psikologi, dan kajian tentang pedagogi. Dewey merasakan bahawa pengajian pedagogi haruslah berasingan daripada pengajian falsafah dan psikologi, dan selepas mendapat persetujuan president kolej jabatan pedagogi ditubuhkan. Di awal 1900 program Chicago ini (sekarang dikenali sebagai jabatan pendidikkan) telah menjadi program yang paling dihormati di dalam amerika.



Pada akhir tahun 1800, Dewey mula menumpukan banyak perhatian kepada jabatan pedagogi yang baru dibangunkanya. Pada tahun 1896, melalui usaha langsung Dewey, sekolah ekperiment pertama, yang dipanggil sekolah university elementary telah ditubuhkan. Ia adalah sebuah sekolah percubaan makmal, telah melibatkan pelajar-pelajar di dalam kelas.

Ideology/teori Dewey

Tokoh yang terkenal dengan jolokan bapa pragmatisma ini berpendapat bahawa pendidikkan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikkan adalah satu proses sosial yang menpunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak.

Beliau mempekenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pengajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikkan yang sebenar ialah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikkan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan ekperiment.



Comments

Popular Posts