ASTHMA : PUNCA DAN RAWATAN
APA ITU ASTHMA ?
Ketika otot mengejang,
saluran udara mengencil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,
paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsang .
ASTHMA
DI KALANGAN KANAK-KANAK
Menurut kajian, jumlah
kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus . Selalunya,
penyakit tidak boleh diubati . Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila
usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghadapi asma sederhana, serangan ini
akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hinnga 60
peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20
peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang
akan sembuh .
PUNCA/
FAKTOR PENYEBAB ASMA
-Sistem pertahanan
badan atau sistem imun yang lemah
-Terdedah kepada
serangan bacteria
-Kehadiran parasit
penyebab asthma
-Pencemaran udara
(jerebu boleh menggagu sistem pernafasan)
-Senaman yang tidak
sesuai
-Udara yang terlalu
sejuk
-Tekanan emosi(
perasaan gemuruh,panic atau takut yang melampau)
-Alahan terhadap debu,
debunga, spora atau kulapuk
-Alahan terhadap
makanan ( contoh rambutan, duku, asikrim)
-Keturunan
-Batuk pada waktu malam
dan persekitaran sejuk
-Rasa ketegangan pada
dada
-Kesukaran bernafas dan
sesak dada
-Nafas berbunyi
-Sukar untuk bercakap
-Muka pucat dan
berpeluh
-Bibir atau kuku
menjadi biru
BAGAIMANA
MENGATASI ASMA?
1.
Mengambil makanan yang kaya dengan
Omega-3
-
Asma adalah satu keadaan keradangan,
jadi pengambilan makanan yang kaya dengan anti-radang seperti Omega-3 sangat
digalakkan.Menurut Jurnal Pemakanan Klinikal Eropah berkenaan penyelidikan yang
melibatkan penyakit asma dan omega-3 menyatakan,’’suplemen minyak ikan boleh
bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembuka saluran udara’’
Dan penyelidikan antarabangsa didalam Jurna Tuberculosis dan Penyakit paru-paru
mendapati peningkatan pengunaan ikan dan pengambilan omega-3 secara umum dapat
mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat asma.
1 2.
Mengambil makanan yang boleh
meningkatkan sistem imun
-
Penyakit asma sangat berkait dengan
sistem imun atau pertahanan badan. Jika sistem imun kuat, ia boleh mengurangkan
serangan asma. Melalui kajian selama 40 tahun, Shaklee telah membangunkan
satu-satunya interferon semulajadi didunia yang diberi nama Nutriferon .Ia
terbukti mampu mengukuhkan sistem umun hanya dalam 3 hari .
1 3.
Mengambil makanan tinggi Vitamin C
-
Mengikut kajian yang dilakukan oleh
Institut Penyelidikan Asthma Dan Alahan di Australia, mendapat kepekatan vitamin
C dalam darah penghidap asma adalah jelas lebih rendah. Satu artikel kajian
dalam American Journal of Clinical Nutrition membuat kesimpulan,’’tanda-tanda
asma yang berterusan di kalangan orang dewasa menunjukkan peningkatan kerana
terdedah kepada udara alam sekitar dan penurunan Vitamin C .’’
Jadi pesakit asthma memerlukan Vitamin C yang lebih
tinggi daripada orang biasa. 1 hingga 2gram Vitamin C amat berguna untuk
mengelakkan serangan yang mencemaskan. Makanan yang tinggi vitamin c adalah
seperti buah oren,pic,kiwi,strawberi,blackcurrat. Anda juga boleh mengambil
suplimen vitamin C daripada Shaklee.
haaa...ok la ni pahni senang nk jaga ank2 kiteðŸ¤ðŸ¤«
ReplyDeleteInsha Allah 😊
DeleteWara skmo awal post blog, laju skmo. Klu gini skmo dekan laaa. Keep it up.
ReplyDeleteAmin
Delete