KENAPA SAYA AMBIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ?

  


Let me tell you all a story ...
Bismillahirramanirrahim . Saya seorang pelajar Diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta (Kolej Uniti) di Kelantan. Kalau nak cerita kelebihan ambil course ini mungkin masih tak layak lagi sebab saya baru ambil diploma , belum lagi ambil degree . Tetapi saya boleh cerita serba sedikit pengalaman diri bila mengambil course ini .

Masa mula-mula ambil course ini dulu memang rasa seperti tak ada halatuju . Rasa macam ‘,Eh? Kenapa aku ambil course  pendidikan awal kanak-kanak ? Sedangkan aku minat makeup dan bahagian bakery ‘

Masa itu rasa menyesal sangat bila tengok kawan-kawan semua ambil course yang diingini dan course besar seperti akaun, medic, engineering dan pereka fashion . Kadang-kadang rasa menyesal ambil course ini. Orang disekeliling  pun selalu pandang rendah bila dapat tahu saya ambil course ini sebab bagi mereka course ni sangat senang dan mudah . Mereka selalu bertanya sambil buat muko menjengkelkan .

“ Kenapa ambil course pendidikan awal kanak-kanak ? Minat kanak-kanak ke ? Nak buka taska ke ? Nak jadi cikgu ke ?
Disini saya nak beritahu anda semua, memang dulu saya menyesal tetapi sekarang saya bangga ambil course pendidikan awal kanak-kanak sebab semakin banyak ilmu yang saya dapat , semakin saya kagum dengan prestasi para guru dan ibu bapa . Childhood education juga telah mengubah hidup saya daripada kurang minat kanak-kanak ( sebab saya anak bongsu dan tak ada anak sedara), tak boleh toleransi dengan kanak-kanak , sampai saya rasa sayang sangat dengan kanak-kanak (hingga sekarang pantang tengok kanak-kanak, semua Nampak comel dimata) dan sekarang boleh cakap dan handle perangai kanak-kanak dengan sabar.

GAMBAR HIASAN

Dan untuk pengetahuan semua juga, skop untuk childhood education juga bukan hanya setakat menjadi guru tadika . Untuk pengetahuan, kami disini belajar tentang semua perkara. Daripada bayi didalam rahim hingga kea alam remaja. Daripada ilmu parenting sampai ke medic diteruskan dengan perubatan untuk orang-orang kurang upaya.

Tidak lupa juga,kami juga belajar tentang perniagaan . Kami ada peluang kerja yang luas , bukan saja cikgu tadika tetapi penasihat kekeluargaan, pakar kaunseling, trainer fisioterapi, majikan di tadika sendiri dan macam macam lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak, penyakit kanak-kanak dan psikologi sebab childhood education adalah tiket permulaan ke bidang psikologi.

Jadi usahlah memandang rendah pada kerjaya cikgu tadika. Janganlah berbangga kalau awak ambil course-course yang lebih hebat sebab semuanya bermula daripada cikgu tadika. Dialah yang mula mengajar ABC,123 pada kita sehingga kita boleh Berjaya sampai sekarang. Lelaki juga janganlah memperlekehkan kawan-kawan lelaki anda yang mengambil childhood education sebab secara jujurnya saya cakap, saya tabik pada lelaki yang mengambil childhood education sebab lelaki yang ambil course ini ada potensi yang baik untuk anak-anak mereka kelak. Bukan saya nak mempromosikan course ini tetapi berdasarkan pengalaman yang saya sendiri lihat daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah lelaki saya sendiri . Bukan lah nak cakap lelaki yang tak ambil childhood education ni tak bagus. Ada yang bagus tetapi sebab saya tengok sekarang ini ramai sangat yang suka memperlekehkan golongan seperti kami sedangkan kita tidak tahu yang mungkin orang  mengambil childhood education ini lebih bagus daripada anda walaupun kerja mereka biasa-biasa, gaji mereka tidak berkepuk seperti anda.

Jadi usah terlalu sombong dengan apa yang anda ada sebab Allah boleh tarik balik apa yang anda ada pada bila-bila masa. 

 Sekian tazkirah dari saya teacher iwara. Semoga orang yang suka memperlekehkan orang lain itu diberikan hidayah kepadanya. 






Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Cehh, die. Selamat maju jaye lah, jgn duk tuka² gmbr tuh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  4. Alahai. Smge menjdi cg yg berjaya dimasa hdpn. 😘

    ReplyDelete
  5. Chukael teacher iwara😊 hope u always maju jaya yeahh n menjadi contoh yang baik kepada bakal² guru di luar sanaπŸ’•

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts