Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak
Peranan ibu bapa dalam
pembentukan disiplin anak-anak dalam membentuk masyarakat yang cemerlang.
Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Demikianlah satu proklamasi yang
menggambarkan kepentingan golongan remaja atau lebih dikenali sebagai
generasi Ydalam menerajui kepimpinan negara suatu ketika nanti.
Namun, sayang seribu kali sayang, dalam meniti arus kemodenan ini,
pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara
melanda golongan sahmura ini. Menurut kajian yang sahihantara
masalah yang membabitkan golongan ini sehingga menjadi buah mulut orang ramai
dan menimbulkan kontroversi ialah gejala vandalisme, buli, gangsterisme
dan entah seribu satu macam lagi gejala. Adakah salah ibu yang mengandung
atau bapa yang mendukung? Oleh itu, keutuhan institusi keluarga
begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial lantaran institusi keluarga
diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga
begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku
Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Persoalan yang bermain di ruang
legar minda kita , apakah peranan yang perlu dilaksanakan oleh
institusi keluarga dalam menangani masalah yang menjadi duri dalam
daging ini?
Peranan yang dianggap dominan ialah golongan ibu bapa
wajar mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Mengapakah
dikatakan begitu? Hal ini kerana ibu bapa bertanggungjawab mengasuh
anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Ibu
bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan
mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah
ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali.
Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan atau materialistik yang
ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja
mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka.Sebagai uswah, pada hujung
minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti riadah bersama dengan anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah
sedar bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya.Sudah terang lagikan bersuluh, ibu bapa perlu mengimbangi
kepentingan keluarga dan tuntutan kerjaya kerana anak-anak amat
memdambakan kasih sayang seorang bapa dan ibu.
Bukan itu sahaja, pada masa yang sama, golongan remaja perlulah
dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Tak
tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Lantaran itu,
ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan
mental remaja kerana didikan agama dan moral mampu mendorong remaja
membezakan antara intan dengan kaca lantas melatih remaja mengawal tingkah laku
mereka. Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih
daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama
sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran
agama yang sempurna.Secara analoginya, ibu bapa perlulah meluangkan
masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justifikasinya,
didikan agama yang dibekalkan dapat memastikan anak-anak mereka mempunyai
benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri
dalam kancah maksiat atau tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan
merosakkan nama baik sesebuah keluarga.
Peranan
terakhir yang juga dianggap signifikan termasuklah ibu bapa
haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Oleh hal
yang demikian, Ibu bapa perlu memastikan segala tingkah laku dan
pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh
anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa mereka merupakan cermin
kepada anak-anak. Cuba kita bayangkan, dapatkah ibu bapa yang
mempunyai tabiat buruk seperti merokok mendidik anak-anak mereka
agar tidak merokok juga? Tepuk dada tanya selera! Ghalibnya, ibu
bapa perlulah mengatasi setiap kelemahan yang ada pada diri mereka agar
perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah pada amalan
yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap sepertiketam menyuruh
yang anaknya berjalan betul. Izharnya, melalui
contoh yang baik, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk
ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu
menghancurkan masa depan mereka.
Sebagai
penutup wacana, gejala sosial yang menjadi api dalam sekam perlu
dihapuskan dari akar umbinya kerana api kecil baik dipadam.
Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan
ampuh bagi memastikan golongan remaja tidak akan dijangkiti sebarang penyakit
sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya,
mereka perlu dibimbing agar menjadi modal insan yang berintegriti
dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan
yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan dan bukan retorik
semata-mata.
Comments
Post a Comment