KEPENTINGAN MUZIK KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
KEPENTINGAN
MUZIK KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pernahkan anda
berfikir bahawa , bagaimana kanak-kanak dapat mengoyangkan anggota badan , atau
menari ketika mereka mmendengar muzik? Walhal kanak-kanak itu belum berusia
setahun tetapi mampu menggetakkan anggota badan mengikut rentak muzik.
Muzik merupakan
bahagian daripada kehidupan kanak-kanak kerana sejak mereka masih berad di
dalam kandungan ibu lagi, mereka sudah
mampu mendengar bunyi . Adalah tidak menghairankan sekiranya mereka terbiasa
dengan muzik. Secara semulajadinya kanak-kanak menyukai bunyi-bunyian yang
menghiburkan. Mereka terbiasa dengan bunyi-bunyian dan muzik kerana sebelum
mereka tidur , ibu bapa akan mendodoikan anak-anak dengan lagu-lagu tradisional
mereka . Muzik merupakan salah satu rangsangan yang dapat memberikan kesan
positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak . Oleh itu, muzik
digunakan secara kreatif oleh guru untuk mengajar kanak-kanak di sekolah
mahupun taman asuhan kanak-kanak .
Kajian yang
dilakukan oleh pengkaji telah membuktikan bahawa muzik boleh member kesan
positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak . Antara kesan positif
penggunaan muzik terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak adalah muzik
dapat memantapkan perkembangan bahasa kanak-kanak ,kanak-kanak berupaya membina
bunyi-perkataan ,keupayaan matematik kanak-kanak dan meningkatkan keupayaan
intelektual kanak-kanak. Kebanyakkan pakar kanak-kanak serata dunia berpendapat
bahawa kesesuaian muzik bagi kanak-kanak dan bayi adalah meluas dan tidak
terhad . Walaubagaimanapun, terdapat criteria yang perlu dipatuhi iaitu, muzik
yang digunakan kepada bayi dan kanak-kanak tersebut tidak terlalu kuat dan
menyakitkan telinga.
Apabila bayi
membesar, mereka secara semulajadinya dapat menikmati muzik dengan cara
mengoyangkan anggota badan, bergerak dan menari mengikut rentak muzik apabila
mendengar muzik. Antara manfaat muzik kepada perkembangan kanak-kanakadalah
dapat menenangkan si kecil yang sedang menangis . Kebiasaan yang kita selalu
lihat adalah apabila si anak menangis, salah satu cara si ibu memujuk anaknya
adalah dengan menyanyi, mendodoi dan memainkan lagu dan muzik. Suara si ibu
mahupun bapa yang menyanyikan lagu dapat membantu menenangkan emosi bayi,
melodi daripada suara mereka dapat menghiburkan si anak walaupun suara mereka
tidak semerdu penyanyi.
Selain daripada
iti, penggunaan muzik dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak . Pada
usia enam tahun yang perrama, kanak-kanak dapat mendengar dengan baik dan cuba
membezakan bunyi yang berbeza dalam irama muzik. Mereka juga boleh berlagu
mengikut irama dan memperoleh pengetahuan tentang muzik melalui tentang
penyapaian visual bunyi tersebut . Semasa mendengar muzik, kanak-kanak secara
tidak langsung mendengar perkataan dan belajar bunyi perkataan tersebut. Proses
mendapatkan maksud daripada perkataan tersebut menjadi penanda untuk permulaan
kanak-kanak mengembangkan ilmu dan
kemahiran bahasa mereka.
Disamping itu,
manfaat muzik kepada perkembangan kanak-kanak adalah muzik dapat menjadi terapi
pemulihan kepada anak-anak yang istimewa . Mengikut hasil kajian yang
dijalankan oleh Stanford University ,telah menyatakan bahawa muzik telah
meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak yang menghidap disleksia .
Muzik juga
telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf, iaitu dapat mengenal huruf .
Muzik merupakan elemen penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak kerana
melalui muzik kanak-kanak dapat meneroka bunyi dan perkataan . Irama dalam
muzik pula berperanan untuk meningkatkan memori, sebagai contoh lagu huruf ABC
. Lagu tersebut dapat membantu meningkatkannmemori, kerana minda kita terdorong untuk mengingati sesuatu
seperti lagu lebih dari membacanya.
Orang dewasa, sesetengahnya juga menyanyikan lagu ABC sehingga Z untuk membaca
huruf sekiranya mereka lupa urutan huruf tersebut.
Seterusnya,
penggunaan muzik kepada kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan kanak-kanak
tersebut . Dengan member pendedahan muzik dan juga latihan kepada kanak-kanak ,
mereka Berjaya untuk memahami maklumat bar dengan lebih cepat dan baik. Justeru
itu, penggunaan muzik kepada kanak-kanak secara langsung dapat meningkatkan
keupayaan mental kanak-kanak.
Kesimpulannya,
dapat dikkonklusikan bahawa pengunaa muzik penting dalam perkembangan
kanak-kanak . Kanak-kanak dapat bermain muzik sambil belajar . Antara kebaikan
poenggunaan muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah dapat menenangkan
emosi, meningkatkan perkembangan bahasa, terapi pemulihan untuk kanak-kanak
istimewa , meningkatkan memori dan meningkatkan keupayaan menyerap ilmu.
Comments
Post a Comment