Cabaran Seorang Guru
Cabaran
Seorang Guru
Sumbangan
guru begitu besar sebenarnya terhadap sesebuah negara bahkan sesebuah tamadun
manusia itu sejak zaman-berzaman. Jika kita kaji dan teliti, kebanyakkan
tamadun manusia terdahulu yang maju adalah tamadun yang mengutamakan pendidikan
terhadap rakyatnya. Disini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan seorang
guru.
Kerjaya
sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula
dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi
seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang
juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah
profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang
boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion
guru.
Tugas
pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang
sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras
kepada usaha pendidikan itu.
Namun
sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang
murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan
cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses
membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama,
bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut
khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam
melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.
Dalam
zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak
kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal
emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika
sebagai seorang pendidik.
Justeru, guru
perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan
nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan
berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan
ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa.
Antara
cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam
menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa
menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem
pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah
yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan
pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan
mengajar yang sistematik.
Apabila bahan
bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan
sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam
pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan.
Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid
memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh
itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan
pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
Cabaran
lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai
jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru
terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan
atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh,
seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi
ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian
Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan
Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan
rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid
seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem
pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan
dan diurus dengan baik.
Cabaran
ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset
sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa
semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan
buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa
lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian
tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan
mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu
disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.
Beberapa
aspek lain juga menjadi pencabar kepada profesion perguruan masa kini.
Antaranya ialah, pengenalan beberapa sistem secara online. Pengenalan kepada
sistem online ini memang memberikan banyak faedah kepada guru, namaun, beberapa
sistem yang diperkenalkan tidak dapat berfungsi dengan baik dan pentadbir
sistem mengambil masa yang terlalu lama untuk memperbaikinya. Ini menjadikan
kerja tergendala sedangkan sasaran kerja yang diperuntukkan kepada seorang guru
sangat membebankan.
Selain
itu, pengenalan program program tertentu tanpa diberikan penjelasan mendalam
tentang cara mentadbir program tersebut juga menjadi satu cabaran kepada guru.
Kesimpulannya,
dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan
teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat
sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan
mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai
melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020
Comments
Post a Comment