SEJARAH TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
FRIEDRICH FROEBEL (1782-1852)
Froebel ( juga dieja
Froebel ; nama penuhnya Friedrich Wilhelm August Froebel ) dilahirkan pada 12
April 1782, di Oberweibach , Thuringia , Ernestine Saxony ( kini di Jerman )
merupakan seorang pendidik Jerman yang juga dikenali sebagai pengasas kepada tadika
dan salah satu reformis pendidikan yang paling berpengaruh pada abad ke-19
sehingga dikenali sebagai Bapa Tadika .
Pada tahun 1816 Froebel
menubuhkan Institusi Pendidikan Universal Jerman di Griesheim sebelum berpindah
di Keilhau pada tahun 1817 di mana ia berfungsi sehingga 1829. Froebel juga
pernah mengendalikan rumah anak yatim dan sekolah berasrama penuh di Burgdorf
,Swiszerland .
Sekembalinya ke Jerman
, pada tahun 1837 beliau menubuhkan sekolah jenis baru iaitu sekolah awal
kanak-kanak , taman kanak-kanak, atau (kindergarten) tadika, untuk kanak-kanak
berusia tiga dan empat tahun. Menggunakan permainan ,lagu,cerita dan aktiviti,
tadika ini direka sebagai satu persekitaran pembelajaran di mana kanak-kanak,
melalui aktiviti mereka sendiri , boleh berkembang kea rah yang betul .
Reputasi Froebel sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak mula meningkat dan
banyak tadika telah telah ditubuhkan di seluruh Jerman.
Ideologi/teori
Froebel
Menurut beliau
kanak-kanak umpama biji benih , ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,
kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu
belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui
main.
Antara idea-idea
Froebel ialah :
Taman kanak-kanak
perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.Sekurang
– kurangnya ia dicat dengan warna yang terang , mempunyai bilik yang senang
dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman,binatang dan gambar-gambar.
Dilengkapi dengan
kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak .Keadaan bilik janganlah sempit
kerana menyusahkan aktiviti. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan
pemandangan,bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai
bentuk yang mudah, saiz dan warna . Suasana di taman kanak-kanak hendaklah
dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam
masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan
perkembangan mental , fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak
merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak .
Pendidikan adalah
pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak .Ia hendaklah berdasarkan kepada
keperluan dan keupayaan kanak-kanak .Menurut beliau, kanak-kanak memperlajari
sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah
bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau juga
mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Menekankan disiplin diri terhadap
kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak . Pembelajaran
bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain,
persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui permainan.
Wahhh, bagusnyaa
ReplyDeleteNih pm sbb kak yg ajar n bg smangat
DeleteTerharunyooo ðŸ˜
Delete