KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Salah satu kebaikan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) ialah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar
tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar .
Bahan batu mengajar juga memainkan peranan penting kearah memahami
konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat
pelajar dalam mata pelajaran. Bahan bantu mengajar merupakan instrument dalam
membantu pemahaman para pelajar.Pertama bahan bantu mengajar juga dikatakan
lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk mempertingkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat
menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut
peredaran zaman . Hal ini dapat
digambarkan seperti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ,
Dalam hal ini, guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan Bahan
Bantu Mengajar (BBM)agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat
member kesan kepada mutu pengaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai
pemhaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Menurut Finkbeiner (2001)
tiga komponen utama yang perlu ada didalam pengajaran bahasa berbantukan BBM
iaitu computer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu
memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran mengunakan computer agar memberikan kesan optimum kepada
pelajar. Hal ini disokong juga oleh kajian yang dilakukan Hamdan dan Surizan
(2010) iaitu Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang direka cipta seperti jangka
sudut khas dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep
dan penguasaan topic penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri
dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topic
penjelmaan khususnya subtopic putaran .
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat
mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak
dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana
persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan
dengan teratur semasa memberi penerangan , pengajaran yang disampaikan akan
mencetuskan minat pelajar . Bahan bantu mengajar yang sesuai akan mendorong
minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan.
Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai
objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang .
Disamping itu, BBM juga member kebaikan kepada pelajar dari
segi pengalaman pancaindera. Penggunaan bahan bantu mengajar sebernanya memberi
peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai
deria seperti deria penglihatan, sentuh dan deria pendengaran. BBM juga dapat
menimbul minat dan kesungguhan di kalangan pelajar.Sekiranya penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh guru, kemungkinan
pelajar akan dapat mencapai kecermerlangan di dalam peperiksaan .
Comments
Post a Comment