PERKEMBANGAN KONSEP SAINS & MATEMATIK KANAK-KANAK
Konsep
matematik dan sains berkaitan secara langsung dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak. Sama ada kita sedar atau tidak kanak-kanak mempelajari kedua
konsep ini di dalam setiap aktiviti mereka seharian. Kanak-kanak dilahirkan
dengan dianugerahkan sifat ingin tahu. Sewaktu kanak-kanak bermain dengan blok
dan bongkah, mereka sebenarnya melalui pengalaman kognitif seperti melakukan
pengkelasan. Begitu juga sewaktu kanak-kanak memegang objek, menghisap susu,
mereka sebenarnya sedang menggunakan deria mereka secara optimum. Aktiviti-
aktiviti yang dilakukan berkembang menjadi semakin kompleks selari dengan
pertambahan usia mereka.
(a) Bagaimana Konsep Berkembang Peringkat awal kanak-kanak
merupakan satu peringkat di mana kanak- kanak terlibat secara aktif dalam
pemerolehan konsep dan kemahiran asas.
Pembelajaran konsep membolehkan seseorang menyusun dan
mengkategorikan maklumat yang diperoleh. Sesuatu konsep yang dikuasai boleh
diaplikasikan sebagai jalan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian.
Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti hariannya, kita dapat memerhatikan
bagaimana konsep yang dibina dan digunakan oleh kanak- kanak. Sebagai contoh
dalam aktiviti padanan satu dengan satu, mengira, klasifikasi dan juga
pengukuran. Apabila kanak-kanak bertambah dewasa, mereka mengaplikasikan konsep
asas untu menjelajah dan mendapatkan penemuan baru dalam konsep sains dan
membantu memahami konsep matematik yang lebih kompleks seperti operasi
penambahan dan pengurangan. Apabila kanak-kanak membesar dan berkembang secara
!zikal, sosial dan mental, pemahaman konsep mereka juga turut berkembang.
Setiap kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sama tetapi pada masa yang
berbeza. Pencapaian perkembangan konsep kanak-kanak ini berlaku mengikut
peringkat dan berurutan. Konsep asas yang berkembang sewaktu awal kanak-kanak
menjadi asas kepada pemahaman kanak-kanak terhadap matematik dan sains. Kebanyakan
pemahaman tentang bagaimana dan bila perkembangan berlaku adalah berdasarkan
teori Piaget dan Vygotsky mengenai perkembangan konsep. Matematik dan sains
saling berkaitan. Konsep asas matematik seperti perbandingan, pengkelasan dan
pengukuran disebut juga sebagai kemahiran proses bila diaplikasikan terhadap
masalah-masalah sains. Oleh itu konsep asas matematik diperlukan untuk
menyelesaikan masalah dalam sains. Kemahiran proses sains yang lain seperti
pemerhatian, komunikasi, hipotesis juga sama penting untuk menyelesaikan
masalah-masalah dalam matematik dan sains. Apabila kanak-kanak membuat
pemerhatian terhadap beberapa jenis buah, seperti epal merah, epal hijau,
anggur, oren dan pisang, mereka meneliti buah-buahan tersebut dari aspek warna,
bilangan, tekstur, bentuk, rasa dan kandungan. Hasil pemerhatian yang dilakukan
boleh direkodkan menggunakan kemahiran pengiraan dan pengkelasan. Selain
daripada itu, aktiviti ini juga boleh dikembangkan lagi dengan menimbang dan
mengukur buah-buahan tersebut. Di akhir aktiviti, buah-buahan tersebut boleh
dipotong kepada beberapa bahagian yang sama banyak. Oleh itu kanak-kanak dapat
pendedahan mengenai konsep pecahan. Huraian di atas menerangkan kepada kita
bahawa konsep kemahiran matematik dan sains boleh diperolehi oleh kanak-kanak
dalam aktiviti yang dilakukan secara hand-on dan minds-on.
(b) Bagaimana Konsep Diperolehi? Pembelajaran akan menjadi lebih
bermakna apabila kanak-kanak memahami apa yang dipelajari.
Apabila kanak-kanak meneroka persekitaran mereka, mereka
dapat menimba pengalaman di mana pengetahuan digunakan secara aktif untuk
membentuk perhubungan yang baru. Pembelajaran yang berlaku di bawah kawalan
kanak-kanak dikenali sebagai pembelajaran semula jadi (Naturalistic Learning).
Selain daripada itu, terdapat dua lagi pengalaman pembelajaran iaitu
Pembelajaran Tidak Formal (Informal Learning) dan Pembelajaran Berstruktur
(Structured Learning).
(c) Menilai Tahap
Perkembangan Kanak-kanak Tahap perkembangan kanak-kanak boleh dilihat dan
dinilai. Apabila kanak- kanak dapat menyempurnakan segala tugasan konsep yang
tertentu tanpa bantuan.
Ini menunjukkan mereka telah mencapai tahap perkembangan
konsep tersebut. Setiap pemerhatian yang dijalankan perlu direkodkan sebagai
panduan pengajaran konsep yang seterusnya. Penguasaan konsep asas yang kukuh
amat penting bagi membolehkan kanak- kanak mencapai tahap konsep yang lebih
tinggi. Ini kerana penguasaan konsep asas yang kukuh membawa kanak-kanak kepada
transisi operasi konkrit, di mana mereka akan berhadapan dengan simbol yang
abstrak dalam matematik dan penerokaan alam sains. Apabila sesuatu konsep yang
abstrak diperkenalkan kepada kanak-kanak, fokus kepada aspek yang boleh
difahami dan timbulkan kesedaran mereka terhadap konsep tersebut. Kanak- kanak
boleh dibantu dengan mencipta struktur kognitif yang baru melalui perancangan
pembelajaran pengalaman yang mengambil kira aspek semula jadi, tidak formal dan
berstruktur.
Comments
Post a Comment