Kebaikan belajar sambil bermain kepada kanak-kanak
Kebaikan belajar sambil bermain
kepada kanak-kanak
Bermain
adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa
mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain,
kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya (samada di rumah, di
playground etc), memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial
skil bersama orang lain.
Meneroka keadaan sekelilingnya
Dengan
bermain, kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan
orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain, mereka akan dapat membina
pola dan membina skema mereka sendiri. Terutama bagi kanak-kanak bertatih,
mereka akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka
keadaan sekeliling.
Membina
Skil fizikal
Terdapat
dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya
kemahiran motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti
melompat, berbasikal, naik turun tangga, memanjat, menari, bergayut dan
lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula adalah koordinasi mata dan tangan
kanak-kanak. Contoh aktiviti ini seperti menguntai manik, bermain pasir,
menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal.
Kedua-dua
kemahiran ini perlu seimbang supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.
Membina Kemahiran Kognitif
Aspek
kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak
yang kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka
kurang daripada aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang penting adalah
seperti penyelesaian masalah (contoh aktiviti: permainan blok, membina istana
daripada pasir dsb), kreativiti (lukisan, tarian), fokus, ingatan dan inovasi.
Membina kemahiran emosi
Untuk
menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang
stabil. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan org lain,
meluahkan perasaan sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.
Membina kemahiran sosial
Kebanyakan
kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa.
Bagaimanapun kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya
mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina
nilai2 murni daripada situ.
Comments
Post a Comment